LIFE IS A LONG JOURNEY
MIEMY THALIA / EKIN
Part time blogger / A worker
SHAKLEE DROPSHIP / REDONE AGENT
: MIEMY THALIA : SHAKLEE DROPSHIP AND REDONE AGENT
+ follow |
chitchat:
****
SHAKLEE DROPSHIP
hotline : 011106200040
****
REDONE AGENT
hotline : 011106200040
recent update :
|
ulser mulut
written on Wednesday 27 May 2015 @ 17:19 ✈
Semalam en.suami pergi jumpa dentist sebab mengalami sakit gigi yang berpanjangan, Ingatkan gigi rosak rupanya ulser mulut(Kecian sangat sebab hampir sebulan, doktor cakap sebab tekanan)
setIap daripada anda pasti pernah luka di bahagian dalam pipi, bibir, lidah, bawah lidah atau lelangit. Luka berbentuk bujur atau bulat; putih di tengah dan kemerahan di tepian luka. Ia dikenali sebagai Canker Sore dalam bahasa Inggeris atau secara medikalnya dikenali sebagai Aphthous Stomatitis. Sudah tentu, ia berasa sakit dan mengganggu anda ketika makan atau bercakap.
Walaubagaimanapun, penyakit ini tidak memberi kesan bahaya kepada organ lainseperti kanser. Ia juga bukanlah akibat jangkitan kuman dan bukan pula penyakit yang berjangkit. Menurut statistik, wanita lebih kerap mendapat ulser berbanding lelaki. kekerapan berlakunya ulser juga akan berkurangan apabila umur mencecah 40-an.
Sebahagian orang jarang mendapat Aphthous Stomatitis dan apabila berlaku, ia cepat hilang dalam masa beberapa hari sahaja. Ada pula yang mengalaminya setiap masadan agak lambat sembuh. Mereka ini sedang mengalami Recurrent Aphthous Stomatitis (RAS). Punca sebenar penyakit ini masih belum pasti lagi.
Namun begitu, beberapa sebab dan kemungkinan boleh membawa kepada RAS:
- Sistem imun badan yang abnormal; menyerang sendiri bahagian dalam mulut dan pelbagai lagi faktor lain seperti sistem imun lemah dll.
- Kekurangan zat besi seperti anemia (sejenis penyakit berkaitan dengan sel darah merah)
- Mewarisi daripada ibu bapa atau adik-beradik lain
- Stres akibat tugasan yang terlalu banyak atau peperiksaan semakin hampir
- Kekurangan nutrien dalam badan terutamanya asid folik, vitamin B6, vitamin B12 dan zat besi
- Haid dan perubahan hormon yang mendadak
- Penggunaan ubat gigi yang mengandungi bahan kimia Sodium Lauryl Sulfate (SLS) yang berfungsi untuk menghasilkan buih yang banyak
- Bahagian dalam mulut/lidah tergigit, terkena makanan yang tajam atau memberus gigi dengan kasar
Bagaimana hendak mengubati Aphthous Stomatitis?
Setakat ini, tiada penawar yang dapat mengubati serta merta. Namun, pelbagai ubat boleh didapati di farmasi untuk mengurangkan kesakitan yang dialami. Ia akan sembuh sendiri dalam masa beberapa hari (tidak lebih 10-12 hari). Jika anda menjaganya dengan baik, proses penyembuhan akan berlaku dengan lebih cepat.
|
Antara ubat penahan sakit untuk ulser mulut |
Pastikan anda mengikuti tips berikut apabila anda mempunyai ulser;
- Elak memakan makanan yang panas, pedas, masam (minuman), masin atau keras yang boleh menyakitkan luka dan melambatkan proses penyembuhan
- Gunakan berus gigi yang lembut untuk mengelak ulser tersentuh dengan kasar dan menyebabkan pendarahan. Anda juga disarankan menggunakancecair pembersih mulut (cth: Listerine) jika memberus gigi menyakitkan.
Beberapa langkah pencegahan (atau sekurang-kurangnya mengurangkan kekerapan ulser itu muncul) yang boleh diikuti;
- Pelbagaikan makanan dalam diet anda setiap hari terutamanya yang kaya dengan vitamin B6 (cth: ayam, ikan, sayur berwarna hijau gelap, betik),vitamin B12 dan zat besi (cth: daging, ikan, ayam, sayur, susu, soya) sertaasid folik (cth: buah, sayur, bijirin, kekacang).
- Cuba untuk gunakan produk ubat gigi yang bebas daripada SLS. Antara produk bebas SLS di Malaysia adalah Sensodyne.
- Anda juga disarankan untuk flos gigi setiap hari, gosok gigi dengan lembut, disertai dengan pembersihan mulut menggunakan cecair pembersih sepertiListerine untuk kebersihan gigi yang total. Mulut kurang bersih menyebabkan bakteria di dalam mulut menyerang ulser anda dan menyebabkan ia teruk dan lambat sembuh
- Menurut kajian yang dilakukan pada tahun 1990, oren, tomato, kacang, terung, teh dan minuman kola antara makanan yang boleh menyebabkan ulser muncul. Nanas dan minyak kayu manis juga turut mempunyai kaitan
Tips diatas hanyalah antara cadangan yang boleh dilakukan dan dilaporkan berkesan oleh sebilangan pesakit. Namun begitu, tiada kajian makmal yang dapat membuktikan secara tepat keberkesanan langkah pencegahan ini.
PERHATIAN: jika ulser anda tidak sembuh lebih daripada 3 minggu, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan yang lebih dalam kerana dikhuatiri ulser tersebut berkemungkinan komplikasi daripada penyakit lain yang berbahaya seperti kanser.
Labels: cara rawat ulser mulut, makanan yang baik untuk pengidap ulser mulut, pernah kena ulser mulut, Ulser mulut

we live under the same sky
“To put away aimlessness and weakness, and to begin to think with purpose, is to enter the ranks of those strong ones who only recognize failure as one of the pathways to attainment; who make all conditions serve them, and who think strongly, attempt fearlessly, and accomplish masterfully.”
- James Allen Quotes
Sometimes I wonder how people see me and what they think of me. It scares me a bit, honestly. I am sure though, that what they think of me,
what they think my life is, is a complete misperception. I have always tried to show myself as a carefree person, as someone who wont get bothered
because of public judgements. I am sure my friend and family think there is nothing going wrong in my life, that I do not worry enough, that
I am always happy. And I am sure they probably somewhat hate me for it because, lets admit it, there is nothing worse than seeing someone
who is life seems so perfect while yours is a complete mess. Truth is, I have become an expert at pretending. I think we are all experts
or at least we are getting there.
|
my sunshine
links exchanged opened! just tag me but link me first
|
link
coming soon....
|