<body>
LIFE IS A LONG JOURNEY

MIEMY THALIA / EKIN


Part time blogger / A worker


SHAKLEE DROPSHIP / REDONE AGENT


: MIEMY THALIA : SHAKLEE DROPSHIP AND REDONE AGENT
+ follow |


chitchat:


****



khasiat mandi bunga



written on Tuesday 19 May 2015 @ 17:24 ✈

Amalan mandi bunga bertujuan untuk menghilangkan tekanan, menyegarkan badan, mencantikkan kulit, menghilangkan bau badan dan menaikkan aura warna dalam badan untuk kelihatan ceria dengan wajah yang berseri.

Dua jenis mandi bunga yang masih diamalkan ialah melalui cara tradisional dan moden.  Mandi bunga cara tradisional lazimnya dilakukan pengamal perubatan tradisional dengan bacaan ayat al-Quran bertujuan membantu mereka yang mempunyai masalah peribadi seperti lambat mendapat jodoh atau mengalami masalah rumah tangga.

Pasangan pengantin juga selalunya disaran melakukan amalan ini untuk mengusir anasir negatif dalam badan sebelum memulakan hidup baru.

Kini mandi bunga diperbaharui mengikut cara moden dan boleh dilakukan di kebanyakan salun kecantikan atau jika berkesempatan, mandi bunga juga boleh dilakukan sendiri di rumah.

Tapi ramai orang kini terikat dengan kerjaya dan urusan seharian dan adalah lebih mudah jika mereka mendapatkan khidmat mandi bunga di salun kecantikan kerana selain ditawarkan pakej dengan harga berpatutan, pelanggan juga berpeluang memanjakan diri dengan pelbagai rawatan lain misalnya mandi garam, sauna dan urutan.

Melakukan mandi bunga atas dasar para pakar perubatan telah mengesahkan kebaikan dan khasiatnya kepada tubuh badan, bukanlah satu kesalahan.

Jadi amalan ini sebenarnya mempunyai khasiat tertentu yang baik untuk individu yang melakukannya, tetapi amalan ini haruslah di lakukan dengan niat kerana Allah SWT semata-mata dan juga tidak bercanggah dari landasan Islam. Dan hujah ini dengan kajian dari pihak lain, dimana hasil kajian itu mendapati:

Amalan mandi bunga juga adalah salah satu rahsia perubatan orang Melayu lama sebelum terapi bunga-bungaan ditemui oleh orang Barat.Mandi bunga adalah amalan turun-temurun masyarakat di Nusantara dalam proses utk menyebatikan pati tumbuhan dgn tubuh agar diri merasa segar sentiasa..

Antara jenis bunga yang biasa digunakan:-

Mawar merah - membuatkan seseorang menjadi lebih berani dan berkeyakinan tinggi.
Cempaka putih - melembut dan mewangikan badan.
Melur putih dan kuning - menyucikan dalaman.
Bunga kenanga - menaikkan seri dan senang didekati.


Gabungan antara molekul bunga dengan aura tubuh dapat memberi rangsangan yang istimewa dalam mengembalikan kesegaran dan kecantikan seseorang.

Kajian warna pada kelopak bunga juga amat menarik.Warna kelopak bunga yang terhasil adalah bergantung kepada penyusunan molekul yang terhasil secara semula jadi dan ia mempunyai sifat tersendiri dalam pembentukan kadar asid dan alkali. Sedikit perbezaan pada penyusunan molekul kelopak bunga akan menghasilkan kelopak yang berbeza.

Jika dipetik dan dihimpunkan sebanyak tujuh jenis warna bunga yang berlainan akan dapat dilihat perbezaan dan aura bunga itu ketika direndam dalam baldi mengandungi air sejuk, ia akan menjadi satu corak pelangi yang tidak dapat dilihat dalam air secara mata kasar,namun sebaran minyak yang keluar daripada hasil bunga itu dapat dilihat. Itulah yang dimaksudkan molekul aura yang terkandung dalam bunga.

Kajian sains telah membuktikan bunga adalah agen pencerap tenaga matahari yang paling baik manakala mandi dengan air yang bercampur dengan bunga-bungaan memungkinkan kita mendapat kebaikkan-kebaikkan tenaga matahari yang telah dicerap dan diproses oleh bunga. Bunga akan mengeluarkan butiran debunga halus yang kelihatan seperti bergerak dan bernyawa apabila direndam dalam air sejuk. Gerakan ini adalah hasil tekanan atau hentakan butir debunga dengan zarah-zarah air. Gerakan ini akan mengaktifkan semula deria luaran tubuh lantas merangsang sistem hormon di dalam tubuh. Apabila sistem hormon terangsang maka organ-organ dalaman akan bekerja dengan baik. Kajian sains sekali lagi mengatakan bahawa gerakan rawak ini membuktikan perlanggaran antara oksigen dengan karbon dioksida berlaku secara rawak dan membuktikan mandian bunga yang menggunakan perantara air adalah agen penghantar tenaga yang cekap.

Mandi bunga tidak termasuk dalam bida'ah kerana ada kafiat tertentu untuk tujuan perubatan dan asalkan niat itu baik.

Tapi sekrang mana dunia semakin maju...masa meningalkan kita..permodenan semakin dihadapan...so banyak la pembaharuan berlaju..termasuklah mandi bunga...

Nak review mandian 7 aura..gabungan dari bunga segar..

RM 55 Boleh rahan 2 bulan

Pm 01110620040 
Jangan lupa tingalkan jejak anda..terima kasih

Labels: , , , ,


0 comment[s] | back to top






© 2012 - Layout created by Afeeqah.
Do you know ? Honesty is the best policy in life